SEJARAH PPKI SMK BUKIT KATIL

Program Pendidikan Khas Integrasi  SMK Bukit Katil, Melaka telah dibuka pada tahun 2002 dengan seorang guru dan 6 orang murid. Guru pertama ialah Puan Aidah Binti Md Tion. Kemudiannya pada bulan Ogos 2002, seorang guru lagi telah ditambah iaitu Encik Azhari bin Hj. Sahar (telah dilantik sebagai penyalaras) dan disusuri oleh Cik Yap Lee Lee. PPKI SMK Bukit Katil telah diberi nama Kelas PERMATA, oleh itu  warga SMK Bukit Katil termasuk pentadbir, guru-guru dan pelajar aliran perdana mereka lebih mengenali PPKI dengan nama PERMATA. Setelah hampir 10 tahun, kelas Permata semakin berkembang ahli keluarganya. Pada tahun 2011; jumlah guru seramai 12 orang (termasuk GPK Pendidikan Khas), murid  56 orang dan Pembantu pengurusan Murid 3 orang. Pelbagai peningkatan telah dicapai oleh PPKI SMK Bukit Katil sepanjang 10 tahun ini. Antaranya ialah kejayaan dalam Kokurikulum, Projek Transisi kerjaya, projek jualan dan kraftangan hasil anak-anak Permata dan sebagainya. Dalam tempoh 10 tahun juga, Kelas PPKI telah melalui beberapa berubahan terutamanya penambahan bilik-bilik kelas, bengkel transisi kerjaya, dan sebagainya. Untuk mengetahui lebih lanjut, tengok-tengoklah blog  kami… selamat melayar..

No comments: